Zulaikha




ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FACEBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW
Kenangan di Pulau Pinang

Auchhh, aku dah makin kebelakang ketinggalan, sebab tak updates blog. Rasa macam cerita aku dah basi. Rasa tak syok bila nak update. Hmm. Tapi, aku mahu cerita juga, walaupun aku tak reti cerita sangat. Ayat mesti kelaut. Percayalah kasihhh.. Eh? Tetiba je?

Ingat tak post semalam, aku cerita pasal Z.Z.A? Hampa nak tahu apa itu Z.Z.A #ZikryZulaikhaAmeenul Auchhh sweet kan? Nama tu tersendiri ada, meenul yang reka nama tu, rasanya lah bila dia tubuhkan group tu dekat wechat. Setiap hari, setiap jam, setiap masa, setiap minit dan setiap saat mesti group tu akan bising dengan mereka berdua.

Dalam group tu, kami bercerita macam-macam. Dalam sehari tu kalau aku tak online, mesti sampai 200-300 mesej. Gila tak? Aktif betul. Haha. Tapi, kekadang tu, aku rasa seronok dengan diorang. Bila aku merajuk, diorang pujuk. Bila aku marah, diorang redakan kemarahan aku. Rasa bahagia gila dengan diorang. Indah sungguh hidup aku tahun ni, berbunga-bunga. Auchh. Saiaa taa kuad.

Bila hari cuti, kami akan guna satu hari tu untuk pergi tengok wayang. Macam-macam cerita. Bermula Big Hero 6, Somewhere only we know dan macam-macam lagi. Duit tu mesti habis 20 ringgit dalam sehari. Haa, sekarang ni pun, aku selalu simpan dan kumpul duit untuk kegunaan bila luang masa dengan diorang.

Masa dapat duit RM100, kami gunakan untuk pergi pulau pinang, rombongan sekolah. Kat sana, macam-macam kenangan tercipta. Rasa seronok sangat. Okay, meh aku kongsi sikit masa rombongan tu.

Dalam bas, aku, zik dan meenul duduk belakang sekali, macam otai sekolah. Tak lupa juga, anum pun ada sekali dekat situ. Dalam bas juga, tak sah bila aku tak bising, apalagi ada ina sekali. Uish, jangan cakaplah bising tu macam mana, macam kat pasar pun ada juga.

Destinasi pertama yang kami pergi adalah Muzium Perang. Kami kena masuk dalam terowong yang gelap. Sebelum ke situ, zik ada cakap yang dia taknak masuk, takut katakan. Hmm. Macam biasa perangai dia yang ketakutan. Apa entah yang takut pun aku tak tahu. Tapi, aku, ina dan meenul sukakan benda-benda macamni. Aku lagilah. Layannnnn.

Masuk terowong pertama takda pape, gelap je. Panas pun iya. Terowong kedua, cikgu dan ustaz semua tanya, siapa nak masuk boleh masuk, siapa taknak boleh undur. Masa tu zik tanya, nak masuk ke? Dengan muka ketakutan dia tu. Haha. Comel je. Meenul pulak dengan speck mata dia, aumm, comel sangat, melting kita tengok. Lepastu, kami pun masuk lah terowong tu, meenul masuk dulu, pastu zik, aku tengah-tengah, belakang sekali ina. Dalam terowong kedua tu, aku rakam je, sebab kenangan kan, kenangan yang tak dapat aku lupakan. Pastu kitorang kena panjat tangga, boleh tahan tinggi dia. Ustaz menunggu dari atas, untuk tangkap gambar guna handphone dia. Hmm. Tak habis-habis. Abang siapa la ni? Sudah tentu lah abang kepada meenul. Aummm. Haha.

Panjat je tangga, nak panjat atas tu, ustaz suruh pandang atas, aku dengan muka blur pandang atas. Cike! Betul ke bunyi tu? Haha. Bunyi kamera handphone okay. Adui. Tak sempat posing semua, kena tangkap gambar curi. Malu aku. Tamau, tamau. Saiaa taa kuad.

Lepastu, kami semua melawat kawasan. Cehwah, macam gangster. Haha. Sampaikan terowong terakhir. Okay, ini lawak. Masa tu, meenul, zik, aku dan ina berdiri depan terowong. Kami nak masuk lah kan. Tetiba ada budak menjerit dari terowong dan keluarlah kelawar yang banyak gila dari terowong, nak tahu tak keadaan zik macam mana? Dia punya lah terkejut sampai tolak ina. Aku pun dengan muka blurnya, nampak ina jatuh. Penuh keayuan gitu.

Kuat betul zik tolak ina, wuuu, sado. Haha. Bila kami nak masuk terowong tu, mulalah ina membebel zik tolak dia sampai jatuh. Aku pun dengarlah bebelan ina yang panjang, dari masuk terowong sampai keluar terowong, dah keluar tu pun masih bising. Alahai, ina, comel je you ni. Taa kuad saiaa.

Lepastu, kami pun masuk dalam bas. Rasanya pergi bukit bendera kot. Entahlah lupa. Kisah ni bulan januari, mana nak ingat sangat. Sekarang dah bulan mac. Cepat je masa berlalu. Okay, sambung balik. Masa kat dalam train, zik dengan meenul tak habis-habis senyum cakap pasal padlock. Aku dahlah blur masa tu. Aku abaikan je lah apa yang diorang sengihkan. Mungkin, saja menyakat aku.

Sampai je bukit bendera, zik dan meenul ajak aku ke tempat padlock. Aku peliklah. Perangai diorang lain macam. Terlebih aktif pulak. Nak taknak, terpaksa lah pergi, dengan panasnya. Yela. Sebab dioranglah, ku paksakan diriku merentasi hari panas terik ini. Cehwah. Haha.

Dah naik tu, dah nampak padlock. Lagilah diorang senyum lebar. Senyum sampai ke telinga. Aku pun tak layan sangat, aku selfie sana, selfie sini. Borak sana, borak sini. Pergi sana, pergi sini. Auchhh. Pastu lama-kelamaan, aku perasan yang zik dan meenul menghilang. Aku pun pandanglah belakang, mencari-cari diorang. Aku nampak diorang kat tempat padlock dengan budak-budak junior, memang ramai lah. Aku pun pergilah ke sana, nak tengok, apa yang hot sangat tu? Pergi, pergi je, aku nampak zik baru lepas pegang satu padlock! Tertera nama F dan aku?! Nak tahu siapa F?! Adalah. Rahsia. Tapi, aku terkejutlah. Berani betul diorang buat kerja gila macam ni. Rasa nak tampar-tampar je.

Geram do! Padlock tu pun sudah dikunci ditiang tu? Kau rasa? Dahlah besar gila nama aku. Haha. Aku punyalah bengang. Tapi, disebabkan aku tak berapa pandai marah sangat. Aku cakap je. Yela. Muka pun comel, mana reti nak marah. Takat tu jelah. Sungguh, diorang berani betul kenakan aku. Sekarang ni aku tak tahu padlock tu masih kukuh ataupun tulisan dia dah hilang? Itu kenangan paling aku tak boleh lupa. Pastu, dan-dan lagi masuk je bas, bas dah jalan separuh, zik baru bagi kunci? Kau rasa? Tak ke geram? Tak ke rasa nak maki-hamun je diorang? Haha. Aku pun senyum jelah. Senyum bukan sebab suka. Tapi, sebab geram. Urgh!

Kami pun kena berehat, dah petang. Pastu, kena masuk hotel, rehat. Tapi, tak dapat rehat pun. Dapat online sambil baring. Auchhh. Malam tu kami pergi Queensbay Mall, Pulau Pinang. Ini paling syok. Dapat jalan-jalan waktu malam dengan diorang. Mula-mula kami nak pergi tengok wayang. Tak boleh sebab tak cukup masa. Hmm, sedih betul hidup. Jadi, kami ambil keputusan, pergi karaoke. Dahlah mahal gila. Takpe lah kan. Hiburan dengan sahabat tercinta. Mall tu pulak kan besar, kaki aku rasa sakit gila pergi jalan sana sini, semata-mata nak cari KFC. Pergh, sakit woo kaki gua. Rasa macam nak patah. Tapi, aku tahan je rasa sakit tu. Jumpa je KFC, ramai orang? Lagilah tak cukup masa. Kami pun apalagi, karaoke lah woi! Pasal makan tolak tepi.

Masuk dalam bilik karaoke tu, macam-macam lagu kami nyanyikan, dahlah sejam! Sampai kering tekak dibuatnya. Paling lawak, memula ina cakap dia taknak nyanyi, dia nak teman je, sanggup berabih duit sebab nak temankan kitorang je? Macam tipu je. Haha. Aku biarkan jelah. Pastu, paling blur, kami tak tahu macam mana nak pilih lagu, bukan sebab kami ni ketinggalan ke tak tahu, kami tahu cuma kami susah nak pergi pusat karaoke. Apa lagi aku dengan ina, ala-ala gadis muslimah. Haha. Karok punya karok, zik sempat rakam video karok bersama dalam bilik tu. Ina pulak, kata taknak nyanyi. Tapi, dia lah paling over menyanyi tanpa mic. Memang kelakarlah. Enjoy sangat masa tu. Gelak-ketawa. Aku pulak, sakit tekak! Disebabkan lama sangat karaoke kot, dengan kelaparan dan dahaganya lagi. Pergh, perit tekak. Kesiannya diriku ini. Ceh. Haha.

Keluar je dari pusat karaoke tu, kami kena keluar mall sebab semua dah tunggu, dengan cuak takut kena boo, kami cepat-cepat lari keluar mall. Kaki aku dahlah sakit gila terpaksa tahan. Keluar je dari mall, ada ramai lagi yang ada dalam mall. Uhuk. Ingat kitorang je. Ustaz pulak beli banyak maggi, adui, masa tu aku lapar gila woi. Aku telan air liur je nampak ustaz pegang maggi cup tu. Bila mintak, sombong taknak bagi. Lepastu, bila semua ada kitorang pun naiklah bas. Sampai je hotel, cepat-cepat kami keluar makan, taknak sesiapa ikut. Aku dahlah lapar gila dan dahaga. Masa tu pukul sebelas lebih kot rasanya. Kitorang makan kat tempat shisha. Kedai je. Tapi, tak rasa pun benda bodoh tu. Mandul baru tahu!

Makan sampai pukul dua belas lebih. Pastu ke 7 eleven, beli makanan ringan. Masuk hotel lepak kat bawah hotel. Lepak, gelak-ketawa, pastu tengok video karaoke tu balik. Nak tahu tak, ina paling lawak! Dia menyanyi sambil menari. Auchhh. Saiaa taa kuad. Comelnya. Melting saia. Haha. Lepak sampai pukul satu suku. Memasing masuk hotel balik. Ina terus tidur. Aku layan perasaan dulu, tidur pukul tiga lebih. Hahahahaha. Macam biasa, susah nak tidur bila kat tempat baru.

Aku terus cerita ya, esoknya tu kami kat satu tempat dekat penang ni, aku lupa lah apa nama tempat tu. Tapi, kami mencari basikal untuk kayuh sekitar tempat. Penat tau mencari, sampaikan tanya orang dekat situ. Aku punya lenguh kaki cari basikal. Bila dah jumpa, bukan aku yang kayuh. Tapi, ina. Auchhh. Dapat rehat sikit kaki aku yang comel-tomey ni. Haha. Pastu, kayuh punya kayuh, kami bertukar, zik bawak aku, meenul bawak ina. Nampak macam sweet couple kan? Tak pun. Ini lah friendshipgoal. Sepanjang kat situ, aku kayuh kejap je. Selain tu zik mengayuh. Aku sebagai penumpang, seronok gila, haha. Sampaikan berpeluh zik dibuatnya. Meenul? Aku tak tahu, dia bersweet dengan ina. Mungkin, ina lapkan peluh meenul kot. Mungkin laa.. Haha. Tamau, tamau. Saiaa taa kuad. Tapi, syok sangat bila dapat luangkan masa dua hari bersama diorang. Macam-macam kenangan aku dapat.

Banyak sangat aku cerita ni, mata pun dah mengantuk. Saja je nak kongsi dengan hampa semua. Aku hanya harapkan persahabatan ni kekal sampai bila-bila. Aku harap diorang tetap kekal bersama aku. Aku harap diorang tetap percaya aku jikalau aku kena fitnah suatu hari nanti. Apa-apa pun aku tetap sayang diorang, sangat-sangat sayang. Terima kasih untuk persahabatan ini, aku harap tak sampai tahun ni je. Tapi, sampai bila-bila ya!

0 comment[s]

Older Post