Favorite Quotations
Love no meaning that is perfect, all those people in love will get problem, why love can get problem to us, our, but wee need to have a household that happy , that we need to in love ? Shout Here
![]() History
Credits
Template : Inspirit's Baby Edited : Zulaikha Dzulkefli I'm Back
Ehem, ehem. Rasanya dah lama aku tak updates blog. Makan beberapa bulan. Auchh, lama juga. Apa khabar kalian semua? Sihat? Alhamdulillah, harap-harap semuanya sihat walafiat. Sebenarnya, macam-macam aku nak cerita dekat sini. Tapi, aku tak tahu macam mana nak mulakan. Cehwah. Okay, aku cerita ya. Dulu aku cari sahabat, macam-macam aku buat untuk jumpa dengan sahabat aku. Tapi, itulah, asyik dapat yang 'fake' je. Selalu juga aku makan hati, sakit hati, semua berkaitan dengan hatilah cerita dia. Sampaikan aku fedup untuk cari lagi. Jadi, aku lupakan hasrat untuk mencari sahabat. Bermula lah suatu hari ni, aku ramah mesra dengan orang, semua aku tegur. Tak kisah lah orang tu layan ke tak. Aku tegur juga. Pertama sekali, mangsa aku adalah Muhamad Zikry Hakim Bin Sofian. Dia baik dan kelakar. Mula-mula aku tanya pasal handphone je. Dia pakai handphone Asus Zenfone 5. Aku berkenan dengan handphone tu, jadi aku tanya lah dia macam-macam. Kekadang, soalan yang sama aku berikan. Dia tetap jawab dan layan aku. Tapi, takat tu jelah kami bertegur. Aku pun malu dengan orang, apalagi orang tu adalah lelaki. Malu gilalah beb. Kat sekolah bila jumpa, dia main senyum-senyum kat aku, aku pun rasa nak senyum ke tak. Senyuman kekadang tawar dan hambar. Bukan sebab tak ikhlas. Sebab, malu. Haha. Dan, bermulalah hari yang aku tunggu, dapat beli handphone Asus Zenfone 6. Alhamdulillah, rezeki Allah, Mak belanja. Gembira tu jangan cakap macam mana lah. Haha. Aku kongsi lah hari bahagia dapat handphone z6 dengan zikry. Dari wechat terus ke whatsapp. Hari-hari kami wajib whatsapp. Ini bukan kisah cinta ke apa, tapi entahlah, tak tahu nak cakap macam mana. Kat sekolah pun bila jumpa mesti tegur juga. Aku ni kekadang malu dengan dia. Tak tahu kenapa. Mungkin, sebab dia handsome? Ops, dalam kurungan. Haha. Yelah, yelah. Aku mengaku, zikry tu handsome and tinggi. Kalau tak, dia takkan ada peminat fanatik. Auch. Aku tak minat dia pun. Tapi, aku suka kawan dengan dia. Dia seorang yang memahami. Hari-hari kami kongsi cerita, masalah aku, semuanya dia tahu. Masa bulan november 2014, kami rapat sampai wajib selfie bersama. Auchh, sweet kan? Hahahaha. Rapat punya rapat sampai aku gelarkan dia sahabat aku. Nak dijadikan seronok cerita aku ni, ada pulak seorang kawan zikry ni add aku diwechat. Dulu dia kawan aku juga, kami rapat. Tapi, tak tahu macam mana, tetiba tak rapat dah. Bila dia add tu, perasaan terharu tu jangan cakap macam mana lah, ya, aku terharu sebab dia ingat aku lagi. Kami mulakan chat dari petang tu sampailah pagi. Hari-hari lah chat,macam kisah aku dengan zikry ni. Oh, lupa, nama dia, Muhamad Ameenul Husainy Bin Abdul Fattah. Orang dia wajib cakap handsome, sebab dia memang handsome gila. Bukan nak puji ke apa. Tapi, serius handsome and jambu. Auchhh. Saiaa taa kuad. Chatting punya chatting, sampai aku rapat dengan kedua-duanya, zikry dan meenul. Dan, si meenul ni tetiba je buat group diwechat Z.Z.A haha. Bermula lah aku rapat sangat-sangat dengan mereka berdua. Keluar sama-sama, selfie sama-sama, makan sama-sama, lepak sama-sama. Aku rasa keindahan persahabatan tu, sekian lama aku cari, akhirnya dia datang dengan tersendiri. Terima kasih ya kerana hadir dalam hidup aku. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Terima kasih kerana tahan perangai menyakitkan hati aku ni. Terima kasih kerana selalu bagi semangat dan sokongan. Terima kasih kerana sentiasa layan karenah aku dan paling penting terima kasih kerana terima baik buruk aku. Terima kasih selalu mengalah. Terima kasih untuk segala-galanya. 0 comment[s] |


